Wednesday 3 July 2013

~ kUkU VS rArA

 Sesetengah orang berminat untuk memelihara haiwan ini . Tetapi tidak semua dapat menjaga kura-kura dengan sempurna mengikut penjagaan yang betul.
Bagi anda yang teringin untuk membela sepasang anak kura-kura, di bawah ini terdapat panduan penjagaan anak kura-kura dengan betul.
  • Pastikan anda menukar air apabila air dalam akuarium itu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jangan biarkan air dalam akuarium telalu lama kerana air sudah berbau dan tidak ditukar menyebabkan kura-kura anda kurang aktif. Tidak perlu tukar air terlalu kerap.
  • Kalau boleh, anda letakkan batu, pasir atau hiasan dalam akurium anda itu. Ini kerana, kura-kura adalah sejenis haiwan yang suka berjemur dan tidak suka sangat berendam. Kadang-kadang mereka suka berada di dalam air dan darat.
  • Luangkan masa anda untuk membersihkan cengkerang kura-kura ini. Gosok lembut-lembut cengkerang kura-kura ini untuk mengelakkan kura-kura ini terasa sakit.
  • Anda perlu rajin bagi kura-kura ini berjemur di bawah cahaya matahari atau di bawah lampu.
  • Elakkan kura-kura ini daripada biarkan mereka tinggal lama-lama dalam akuarium, cari masa yang sesuai untuk kura-kura keluar daripada akuarium untuk mereka merasa kehidupan di luar.
  • Berikan makanan dua kali sehari seperti makanan pallet. Patah-patahkan pallet dan taburkan dekat dalam akuarium. Sebenarnya anak-anak kura ini boleh bertahan kalau mereka tidak diberi makanan tetapi anda janganlah terlalu kejam tidak memberi mereka makan.
  • Gunakan air anti-klorin ataupun air mineral. Air kura-kura untuk anda pelihara sama dengan air membela ikan di akuarium. Jangan guna air paip yang tinggi klorinnya.
  •  Akhir sekali, elakkan daripada memegang mulut kura-kura ini kerana mereka memiliki gigi yang tajam walaupun mulut kura-kura ini kecil.





~ hAkIkAt JoDoH





Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama…
telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka…

sejauh apapun mereka
sebanyak apapun rintangan yang menghalangi…
sebesar apapun beza diantara mereka
sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkanny­a…

meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya…
meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya…
meski mereka tidak pernah saling bertegur sapa…

PASTI !!!!!!!!!
PASTI tetap saja mereka akan bersatu….
seakan ada magnet yang menarik 
mereka

akan ada hal yang datang…
untuk menyatukan mereka berdua…
akan ada suatu kejadian…
yang membuat mereka saling mendekat…
dan akhirnya bersatu…

Aamiin ya Rabbal'alamin..­.


 lefyU


 mishh U

<3

Sunday 30 June 2013

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula SUAMI ISTERI

adam & hawa
Untuk suami..
Renungkanlah…


Pernikahan atau perkawinan menyingkap tabir rahsia..
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah..
tidaklah setaqwa Aisyah..
pun tidak setabah Fatimah..
jestru isterimu hanyalah wanita akhir zaman..
yang punya cita cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajipan bersama..
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya..
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya..
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya..
isteri adalah murid kamu mursyidnya..
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya..
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa..
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang taksehebat mana..
justeru kamu akan tersentak dari alpa..
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah saiyyidina Ali karamallahhuwajhah..
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi suami soleh…
amin…

Untuk isteri..
renungkanlah…


Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahsia..
suami yang kamu nikahi tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim..
pun tidak setabah Ayyub..
ataupun segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf..
justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama..
suami menjadi pelindung kamu menjadi penghuninya..
suami adalah nakhoda kapal kamu pelayarnya..
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya..

Saat suami menjadi raja kamu nikmat anggur singgahsananya..
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya..
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatinya.

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki suami yang tak segagah mana..
justeru kamu akan tersentak dari alpa..

kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga..
pun bukanlah Hajar yang begitu setia didalam sengsara..
cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah…

Ya Allah.. Jadikanlah keluargaku sakinah mawaddah warohmah dan hindarkanlah kami dari siksa nar-Mu.

أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِي
SEMOGA BERMANFAAT

Saturday 8 June 2013

.. TAHUKAH ANDA .. ??




1- Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.

2- Jantung akan berhenti selama 1mili-saat ketika kita bersin.

3- Patah tulang rusuk, pembuluh darah di kepala dan leher terputus, dan kematian boleh terjadi jika anda bersin dengan terlalu kuat.

4- Darah dapat dipam sejauh 30 kaki oleh jantung manusia.

5- Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

6- Selain jari, lidah juga mempunyai ruas yang berlainan.

7- Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang- Hippocrates.

8- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.

9- Jika rokok direndam dalam air dan dibiarkan selama beberapa minit, ia akan membunuh seseorang itu dengan serta merta jika air rendaman rokok itu diletakkan dalam pembuluh darah seseorang.

10- Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.

11- Wanita berkelip 2 kali ganda lebih daripada lelaki.

12- 25000 gelen air liur dikeluarkan oleh tubuh manusia sepanjang hayatnya.

13- Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.

14- Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari.

15- Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang.

16- Sisa dari sel kulit mati anda membentuk 90% debu dalam rumah anda.

17- Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun 1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dillakukan

18- Ketika ini berjuta tindak balas dan reaksi kimia yang berbeza dalam otak anda.

19- Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.

20- Setiap manusia pasti tidak akan dapat menjilat sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa.











JAMAL jalan jalan jumpa JEPUN :D

pemandangan di JEPUN

 musin bunga sakura di JEPUN

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan :

1. Di Jepun pada peringkat awal sekolah rendah sehingga darjah enam diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakan “ Jalan ke arah akhlak ” di mana pelajar mempelajari akhlak/ etika dan cara berdepan dengan orang dan masalah. Manakala mata pelajaran sains, matematik dan teknikal adalah wajib lulus , ini bertujuan mendidik pelajar ke arah ketepatan (precision) , logik dan kreatif.

2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/ watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation). Di setiap sekolah atau pejabat ada tertulis " If one can do it, I can do it. If no one can do it, I must do it ". Kegagalan adalah ibarat satu dosa bagi orang Jepun.

3. Walaupun Jepun sebuah negara terkaya di dunia , mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka di rumah. Mereka juga akan meluangkan masa sebaik-baiknya bersama keluarga pada hari cuti.

4. Orang Jepun juga memberi penekanan dan displin yang tinggi terhadap kerja mereka . Mereka berbangga untuk bekerja 10 jam sehari . Bagi suri rumah , mereka berasa malu kepada jiran-jiran mereka jika suami mereka pulang lebih awal .

5. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 min bersama-sama guru mereka . Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang berdisplin dan minat ke arah kebersihan. Kanak-kanak di sekolah dimestikan membawa berus gigi yang telah disterilkan “disinfected", dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda .

6. Pelajar sekolah dimestikan membawa " Lunch box " / makanan dari rumah dan bukannya wang saku , ini bertujuan mendidik mereka berjimat cermat . Pengetua sekolah pula akan mencuba makanan kesemua pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka , kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan .

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” (Health engineer) dengan gaji sebanyak USD 5000 hingga USD 8000 sebulan , tertakluk kepada kelayakan , ujian bertulis dan lisan . Mereka mesti tahu merancang , merekabentuk dan mengurus tahap kesihatan , keselamatan dan persekitaran yang baik agar rakyat Jepun sentiasa sihat dan bertenaga.

8. Pengunakan handphone di dalam tren/ keretapi, restoran, pejabat dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Status ‘ silent ’ pada handphone ditukar dan dinamakan sebagai “ akhlak/ etika ”.

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan mereka tidak akan meninggalkan apa-apa lebihan makanan di atas pinggan. Rakyat Jepun amat menekankan amalan jimat cermat dan pembaziran tidak dibenarkan.
10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu menilai masa , dan gemar kepada ketepatan minit dan saat.

Credit : Dovahkiin

Guangzhou China


Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

**Diedit oleh : Admin SFMD (Sabahan Fakta Menarik Dunia)

Thursday 6 June 2013

TEDUHAN KASIH SEORANG PUTERI (>____<)

AKU perlihatkan ombak yang datang dan pergi .. Begitulah kehidupan AKU selama ini .. Dugaan datang dan pergi .. Datang yang tidak di undang perginya tidak AKU halang .. AKU masih bertahan sama seperti PANTAI .. Tetap tidak berubah walaupun gelora mengganas .. AKU ingin menjadi seteguh PANTAI .. Setia pada OMBAK walaupun OMBAK tidak pernah MENGHARGAINYA ..

setia hingga hujung nafasku